Dropdown menu

Wednesday, May 4, 2016

Minggu MBMMBI dan Kem Membaca 1Malaysia serentak

MATANG : Minggu MBMMBI dan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)  di SMK Matang telah diadakan serentak pada 4 hingga 8 April 2016. Minggu MBMMBI dan KM1M  diadakan bertujuan mempertingkat penguasaan dan minat murid dalam mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Setiausaha program , Puan Halijah Kamari berkata, selain menguasai kecekapan menulis, murid juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi.

Matlamat Minggu MBMMBI dan KM1M  adalah untuk membimbing  murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan berkesan disamping mencungkil bakat-bakat murid.

" Selain itu, minggu ini juga bertujuan menerapkan minat membaca dikalangan pelajar SMK Matang " katanya

Puan Halijah berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pusat Sumber SMK Matang


" Antara aktiviti Panitia Bahasa Melayu yang diadakan ialah Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Silang Kata dan Peraduan Menulis Esei

" Manakala aktiviti Panitia Bahasa Inggeris ialah Expressive Reading, Singging Competition, Scavenger Hunt, Crossword Puzzle, Spelling Bee dan Photo Montage" katanya


Katanya, semua aktiviti akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijalankan di dalam pusat sumber, bilik tayangan, dataran perhimpunan dan  bilik darjah.

" Pengetua SMK Matang En. R.Karunagaran A/L S.Raman telah menyempurnakan majlis pelancaran dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan

" Secara keseluruhannya, semua program yang dijalankan berjalan dengan baik hasil kerjasama semua guru dan pelajar SMK Matang" katanya

No comments:

Post a Comment