Dropdown menu

Saturday, May 14, 2016

Bengkel Khidmat Bantu PSS di SMK Matang

MATANG : Bengkel Khidmat Bantu PSS anjuran PKG Simpang telah dijalankan pada 28 hingga 29 April di Pusat Sumber SMK Matang. 

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Matang, En. Adnan Abd Rahman berkata, Seramai 10 orang GPM dari sekolah-sekolah Zon Simpang telah dijemput hadir bagi menjayakan bengkel ini  .

“ Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada GPM mengenai tatacara pengurusan Pusat Sumber  terutama pengurusan dokumen

Disamping memberi perkhidmatan keceriaan kepada pusat sumber sekolah  yang menjadi tuan rumah” katanya

En. Adnan berkata, Bengkel Khidmat Bantu PSS dimulai dengan penerangan bagaimana menguruskan dokumen PSS mengikut instrumen penilaian PSS BTPN

“Panduan menyediakan fail dan dokumen tujuh instrumen penilaian PSS telah diberikan kepada GPM yang hadir


“ Saya berharap GPM memahami penerangan yang diberi dan membantu mereka menyediakan PSS sekolah masing-masing menyertai pertandingan PSS Cemerlang tahun depan” katanya

Beliau berkata, selepas selesai penerangan itu, beberapa kumpulan telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat bantu PSS SMK Matang

“ GPM diberikan tugas menceriakan PSS seperti menceriakan kaunter sirkulasi, menyediakan label tunjuk arah dan laluan ilmu.

“ Pada hari berikutnya, GPM telah menyediakan maklumat untuk Pameran Hutan Paya Bakau, melengkapkan papan prestasi NILAM dan menaiktaraf banting kata-kata hikmah di luar PSS” katanya

En. Adnan mengucapkan terima kasih kepada semua GPM yang membantu menceriakan PSS SMK Matang

“ Bantuan kawan-kawan GPM menjimatkan banyak masa menyediakan PSS untuk penilaian peringkat daerah

“ Paling bermakna, mereka telah menaik taraf banting kata-kata hikmah luar PSS yang saya sendiri runsing melihatnya sebelum ini” katanya


Sementara itu, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Simpang, En. Mohd Fauzi Abdullah berharap Bengkel Khidmat Bantu PSS ini dapat memupuk semangat kerjasama antara GPM di Zon Simpang

No comments:

Post a Comment