Dropdown menu

Monday, March 28, 2016

Kelab PSS anjur lawatan ke Muzium Sejarah Matang

MATANG : Kelab Pusat Sumber (PSS) SMK Matang telah mengadakan aktiviti lawatan ke Muzium Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak 3 KM dari SMK Matang

Naib Pengerusinya, Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, aktiviti lawatan tersebut telah disertai seramai 30 ahli Kelab Pusat Sumber

“ Semua peserta lawatan bergerak dari sekolah ke muzium dengan berjalan kaki dan mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai

“ Guru Penasihat telah menyediakan aktiviti Jejak Maklumat kepada peserta lawatan . Justeru, apabila peserta sampai mereka dibahagikan kepada enam kumpulan untuk menjawab soalan Jejak Maklumat yang disediakan” katanya

Nur Syahirah berkata, semua jawapan dalam soalan Jejak Maklumat terdapat di papan pameran dalam dan luar muzium berkenaan

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan muzium ini sendiri


” Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu” katanya

Menurutnya, muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. 

” Bangunan kota ini telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama

” Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941).” katanya

Katanya, semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun.

” Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984).

” Kota ini dijadikan Muzium Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti)” katanya

Nur Syahirah berkata, selepas selesai menjawab soalan Jejak Maklumat mengikut masa yang telah ditetapkan semua peserta berkumpul semula untuk bergerak pulang ke sekolah.

” Peserta bersungguh-sungguh mencari jawapan dan ternyata mereka gembira dan ceria dengan aktiviti ini

“ Muzium Sejarah Matang yang kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Taiping sesuai dilawati oleh pelajar sekolah seperti kami” katanya


Turut serta dalam lawatan sebagai guru pengiring ialah En. Adnan Abd Rahman dan Puan Rossayu Mansor 

No comments:

Post a Comment