MATANG
:
Tan Sean Leng telah diumumkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Matang bagi tahun 2016
semasa Majlis Anugerah Cemerlang SMK Matang 2016 yang berlangsung di Dewan
Terbuka SMK Matang.
Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, Syaidatul Nadrah Rosli
berkata, Tan Sean Leng dari kelas 501 merupakan Pelajar Harapan SPM telah mendapat
skor semua A dalam ujian 1, 2016.
“ Beliau yang juga seorang Pengawas Sekolah turut aktif
dalam bidang Kokurikulum dengan menjadi Bendahari St. John Ambulan Malaysia .
Divisi AC (87), 2016.
“ Tokoh Pelajar ini juga merupakan pemain bola
keranjang yang mewakili sekolah pada tahun 2015 dan 2016” katanya yang turut
menerima Anugerah Warisan iaitu Hadiah Penghargaan sebagai Ketua Pengawas Pusat
Sumber SMK Matang
Syaidatul Nadrah berkata, Majlis Anugerah Cemerlang yang merupakan acara tahunan sekolah ini
dirasmikan oleh Datuk Rosli Husin, Mantan ADUN Trong
“ Penganugerahan ini juga adalah untuk memberi motivasi
kepada murid-murid supaya terus cemerlang” katanya

“ Majlis ini dimulakan dengan persembahan kawad formasi
oleh Pasukan Puteri Islam diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak
, Perak Excellent dan persembahan khas
ETA
Menurutnya, tayangan khas pencapaian dan aktiviti
sekolah serta persembahan Koir sekolah telah diadakan selepas ucapan perasmian
“Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pelajar
yang cemerlang dalam akademik
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun.
“ Kemudian , diikuti dengan penyampaian hadiah kepada
cemerlang PT3 dan SPM tahun 2015 dan diakhiri dengan penyampaian anugerah
warisan kepada Ketua Pengawas Sekolah, Ketua Petugas Koperasi, Ketua Pengawas
PSS, Pelajar Harapan PT3 , Pelajar Harapan SPM dan Tokoh NILAM”katanya
Tambahnya, kemuncak majlis ialah pengumuman penerima anugerah
Tokoh Pelajar SMK Matang 2016.

No comments:
Post a Comment