Dropdown menu

Friday, May 13, 2016

Pengawas PSS baru terima sijil perlantikan

MATANG :  Pusat Sumber SMK Matang selesai mengadakan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber yang baru untuk tahun 2016.

Seramai 13 pelajar menerima sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang untuk tahun 2016 semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

AJK Kerja Pusat Sumber SMK Matang Cik Nurshazwani Mohd Shaharom berkata, Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran A/L S.Raman telah menyempurnakan penyampaian sijil perlantikan tersebut

” 13 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 2 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

“ Kesemua mereka akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang” katanya semasa mempengerusikan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.


Senarai 13 pelajar yang menerima sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2016 seperti berikut :

1. Tan Jia Le                                           403
2. Low Zhi Wei                                        403
3. Emavathy A/P Sengatheer Selvam           303  
4. Priyashini A/P Meenachisundram             303
5. Low Poh Li                                           304
6. Muhammad Nur Hanif bin Jamaluddin       201
7. Kumuraguruparan A/L Saravanamurthy     201                           
8. Kishiwinya Lochaney A/P Murulee            203
9. Chew Zhi Xian                                      203
10. Nur Asyifa binti Mohd Zaidi                   101
11. Zarul Ezman bin Zainol Afandi               102
12. Azizul Hakim bin Elias                          102
13. Mivithra Lochaney A/P Murulee               103                             

Sementara itu, Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman berharap semua Pengawas PSS yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab

“ Sebenarnya mereka merupakan pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran Pusat Sumber Sekolah yang kondusif, kemas dan teratur.

“ Persekitaran PSS yang kondusif mampu menimbulkan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan dapat menumpukan kepada fungsi utama sebuah PSS iaitu memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat” katanya

Beliau juga turut menyarankan agar masyarakat khususnya dapat mengubah persepsi tugas pengawas PSS yang diwujudkan di sekolah

“ Tanggungjawab Pengawas PSS kini bukan sekadar menyusun buku, menjalankan pemantauan di perpustakaan, menguruskan peminjaman dan pemulangan bahan, tetapi juga perlu ditransformasi dan dilatih untuk menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi serta mampu meningkatkan imej PSS dan sekolah” katanya

No comments:

Post a Comment