Dropdown menu

Wednesday, May 11, 2016

Kelab PSS anjur bengkel fail tegak

MATANG : Pengetahuan mengenai fail tegak sangat penting bagi Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber . 
Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber perlu mengetahui dan memahami bagaimana fail tegak boleh digunakan untuk mengumpul maklumat tambahan daripada berita yang tersiar di akhbar tentang tajuk-tajuk berkaitan dengan kandungan matapelajaran. 
Justeru, Kelab Pusat Sumber SMK Matang mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pembinaan Fail Tegak untuk  Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang
Pengerusinya , Saidatul Nadrah Rosli berkata, Bengkel ini membolehkan Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber mengetahui cara-cara menghasilkan fail tegak
" Guru penasihat telah memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan fail tegak , seterusnya kami membentuk kumpulan bagi melakukan praktikal membina fail tegak berita akhbar


" Setiap kumpulan disediakan alatan seperti ring fail, gunting, kertas A4 dan marker" katanya

Beliau berkata, setiap ahli kumpulan perlu mengenalpasti berita – berita akhbar yang boleh dipilih
untuk  dimasukkan dalam fail

" Berita akhbar yang dipilih akan dianalisis dan ditulis tajuk, tarikh, sumber dan abstrak berita tersebut 

" Setiap keratan akhbar berita perlu melalui proses yang sama sebelum dimasukkan ke dalam fail" jelasnya

Katanya, Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber  diharap mampu memberi penerangan mengenai fail tegak kepada pelajar lain selepas mengikuti bengkel ini.

No comments:

Post a Comment