Dropdown menu

Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Matang ceria

MATANG : Sambutan Hari Guru 2017 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Matang disambut ceria dengan pelbagai aktiviti .

Pengawas Pusat Sumber, Aisyatul A’aiyah Rosli berkata, program ini merapatkan lagi hubungan baik antara guru dengan warga sekolah, disamping menyemarakkan semangat tenaga pendidik di sekolah.

” Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan pelajar dan guru, acara memotong kek dan pertandingan badminton

” Semua warga SMK Matang menyaksikan aktiviti ini dengan penuh ceria dan meriah ” katanya

Aisyatul A’aiyah berkata, sambutan tersebut juga adalah untuk memberikan  penghargaan yang dirasakan sesuai dengan  jasa dan pengorbanan seorang pendidik.

” Selain aktiviti pelajar dan guru , turut diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada guru-guru SMK Matang


 “Perjuangan guru-guru pun patut dihargai atas usaha mereka untuk memberikan kejayaan di masa akan datang  kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Matang

“ They guide us, they support us, they inspire us, they teach us… today is the day to thank them and say HAPPY TEACHER’S DAY”


Sekitar Majlis Hari Guru SMK Matang

Ucapan Tuan Pengetua

En. Abdul Rahman Said, YDP PIBG turut hadir

Barisan guru wanita SMK Matang

Persembahan Kelab Bahasa Cina

Persembahan Kelab Bahasa Tamil

Persembahan bersemangat Badan Pengawas

Persembahan Pengawas

Persembahan Kelab Wushu

Pelajar ceria









No comments:

Post a Comment