Dropdown menu

Wednesday, May 10, 2017

Lim Jia terima Anugerah Khas Pengetua

MATANG : Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang, Lim Jia telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Matang tahun 2017 dan menerima Anugerah Khas Pengetua pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang kali ke 15.

Lim Jia dipilih sebagai Tokoh Pelajar kerana pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik , sahsiah dan kokurikulum.

Beliau telah memperoleh pencapaian akademik cemerlang skor semua A dalam Ujian 1/ 2017 dan telah dipilih sebagai Pelajar Harapan SPM 2017.

Pelajar kelas 501 ini juga aktif dalam bidang kokurikulum apabila menjadi Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi Pandu Puteri dan Pengerusi Persatuan Bahasa Cina pada tahun 2017

Beliau juga setiap tahun menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Zon Utara Perak bermula tahun 2013 hingga 2016.



Selain itu, beliau juga setiap tahun menyertai Kuiz Bahasa Cina peringkat antarabangsa bermula tahun 2013 hingga 2016 dan menyertai Pertandingan Menulis Esei Bahasa Cina peringkat antarabangsa bermula tahun 2013 hingga 2016.

Antara kejayaan cemerlang beliau dalam penyertaan pertandingan ini ialah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei Bahasa Cina peringkat antarabangsa pada tahun 2016

Ditemani ibu , beliau telah menerima Anugerah Khas Pengetua yang disampaikan oleh En. Mohammad Ravi JC Abdullah , Penolong PPD Kurikulum (Teknik & Vokasional)


No comments:

Post a Comment