Dropdown menu

Wednesday, May 10, 2017

Majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang tahun 2017

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2017.

Pengetua SMK Matang, En. R. Karunagaran a/l S. Raman telah menyempurnakan majlis perlantikan ini dengan menyampaikan sijil perlantikan kepada 10 orang pelajar semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

Pengawas Pusat Sumber, Nur Aini Mohamad Nor berkata, 10 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 2 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

”  Mereka telah menjalani latihan percubaan selama dua bulan pada Pertengahan Mac hingga April dan lulus dalam tempoh percubaan ini

“ Kesemua mereka akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang” katanya semasa mempengerusikan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Senarai 10 pelajar yang menerima sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2017 seperti berikut :

1. Beh Yong Khai
2. Goh Boon Leong
3. Tan Chiew Xia Sammi
4. Tan Chee Yee
5. Nur Syamimi bt Wahyu Hidayat
6. Muhammad Hakim bin Safizi
7. Priyatharisini a/p Prabagaran
8. Mohamad Arif Sahron bin Yusmizam
9. Nor Hizalia bt Hizal
10. Priya a/p Prabagaran

Sekitar majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber 2017






No comments:

Post a Comment