Dropdown menu

Monday, September 12, 2016

10 Pengawas Pusat Sumber sertai Kem Kepimpinan Pengawas

MATANG : Seramai 10 orang Pengawas Pusat Sumber telah menyertai Kem Kepimpinan Pengawas 2016 anjuran Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah SMK Matang selama tiga hari pada 19 hingga 21 Ogos di Pusat Eco-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Program ini merupakan program tahunan yang mensasarkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas koperasi.

Penyelaras Kem, En. Musa Mahamud berkata, usaha membentuk pemimpin yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi adalah satu cabaran yang besar bagi pihak sekolah. 

" Oleh itu, komitmen dan kerjasama daripada semua pihak iaitu pihak sekolah, pihak ibu bapa, dan masyarakat adalah sangat perlu bagi membentuk serta mewujudkan pemimpin yang serba boleh. 

" Sehubungan itu, Unit Disiplin dan Pengawas sekolah bertanggungjawab dalam membina aspek kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan kerohanian murid sekolah disamping mencorak generasi yang cemerlang untuk masa hadapan" katanya


Menurutnya, pengisian program yang telah disusun dan dirancang akan membantu peserta menyedari kepentingan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yang sewajarnya diaplikasi dalam tugasan harian. 

" Pelbagai aktiviti seperti ceramah , bengkel, latihan, perbincangan kumpulan dan pertandingan telah diatur kepada peserta program

" Ternyata semua peserta begitu bersemangat, ceria dan bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang dijalankan" katanya


Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas berkenaan.

Sekitar Kem Kepimpinan Pengawas








No comments:

Post a Comment