Dropdown menu

Thursday, September 22, 2016

Ahli Kelab PSS dilatih laksana kajian

MATANG : Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang cara melaksanakan kajian yang melibatkan penggunaan borang soal selidik

AJK Kelab , Mohd Afiq Osman berkata, ahli Kelab PSS dilatih menyediakan satu set soalan untuk borang soal selidik

“ Soal selidik yang kami jalankan adalah berkaitan kerjaya seorang guru

” Enam kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan dikehendaki menemui sepuluh orang guru berlainan bagi mengisi borang selidik tersebut” katanya

Menurut Mohd Afiq , sebanyak 18 soalan perlu dijawab oleh guru dengan menulis nombor pada borang soal selidik

” Setiap nombor dari 1 hingga 5 adalah jawapan kepada soalan bermula dengan ’Sangat Tidak Setuju’ sehingga ’Sangat Setuju’


” Satu pengalaman yang menarik kerana kami berhadapan dengan guru yang menjadi responden kajian” katanya

Katanya, tidak semua kumpulan yang berjaya melengkapkan 10 borang soal selidik kerana gagal menemui 10 orang guru

” Ada yang gagal kerana tidak mendapat kerjasama yang baik dari responden

“ Walaubagaimanapun secara keseluruhan guru memberi kerjasama yang baik untuk mengisi borang soal selidik” katanya

Tambahnya, sebanyak 57 borang selidik telah diisi oleh 57 daripada 71 orang guru yang mewakili lebih 80 peratus daripada jumlah guru.

“ Semua borang selidik dikumpulkan dan analisis untuk setiap soalan akan dilakukan bagi melihat hasil kajian

“ Dapatan kajian melalui paparan graf akan dihasilkan melalui analisis ini” katanya


Sekitar Aktiviti Pelajar








No comments:

Post a Comment