Dropdown menu

Saturday, July 23, 2016

Ahli Kelab PSS jalani latihan praktikal wartawan pelatih

MATANG : Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan latihan praktikal menjadi seorang wartawan semasa perjumpaan aktiviti kelab tersebut

AJK Kelab, Mohamad Afiq Osman berkata, sebelum ini ahli kelab telah diberi tunjuk ajar oleh guru penasihat dalam perjumpaan kelab

“ Guru penasihat telah memberi kursus secara teori dalam perjumpaan sebelum ini

“ Pada hari ini , kami berpeluang melaksanakan tugasan seorang wartawan bermula dari menyediakan rangka soalan, menemui dan membuat temubual dengan subjek dan menulis berita” katanya

Beliau berkata, ahli kelab telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah ditugaskan menemubual beberapa orang guru sebagai subjek

Berikut adalah berita yang ditulis oleh ahli kelab sebagai wartawan pelatih Buletin Avicennia Pusat Sumber SMK Matang mengenai guru pelatih di SMK Matang


Berita I

Oleh : Zailan, Saiful Fitri, Afiq, Muhsin, Sharizal, Faris

Seramai empat orang guru pelatih daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah memulakan latihan mengajar di SMK Matang selama empat bulan.

Salah seorang yang ditemubual ialah En. Mohamad Ariff Afdal Hairul Anwar. Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur mengajar dalam bidang kaunseling.

Beliau berkata, sebelum sampai ke sekolah, beliau telah mengetahui mengenai SMK Matang melalui internet, saudara mara berdekatan, pensyarah dan rakan-rakan.

“ Saya mengambarkan bahawa semua warga sekolah ini adalah seiring dengan nama sekolah iaitu SMK Matang

“ Sebuah sekolah yang harmoni dan sesuai untuk menimba pengalaman” katanya semasa ditemubual wartawan pelatih Buletin PSS SMK Matang

Beliau berharap dapat menimba seberapa banyak ilmu dan dapat menyerahkan seberapa banyak ilmu yang ada kepada pelajar SMK Matang


Berita II

Oleh : Saiful Aizam, Alif Aiman, Mohd Firdaus

Seorang lagi guru pelatih yang ditemui ialah En. Mohamad Shahril Md Salleh yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

En. Mohamad Shahril berkata, beliau berasal dari negeri Terengganu dan menyambung pelajaran ke UPSI

“ Sebelum sampai ke SMK Matang, saya mengetahui tentang SMK Matang daripada pensyarah

“ SMK Matang , saya gambarkan sebagai sekolah yang berdisiplin dan murid-muridnya mengikut kata guru” Jelasnya ketika ditemubual wartawan pelatih Buletin PSS SMK Matang

Beliau berharap murid-murid  SMK Matang dapat memberi kerjasama kepadanya.


Berita III

Oleh : Amirul Aliff, Muhamad Naim, Arif Haikal

En. Muhamad Lutfi Termizi merupakan seorang lagi guru pelatih yang ditemui. Beliau berasal dari Pulau Pinang dan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

En. Muhamad Lutfi memberitahu, sebelum sampai ke sekolah, beliau mengetahui tentang SMK Matang dari rakan-rakan.

“ Saya mengambarkan bahawa semua pelajar SMK Matang berkelakuan baik.

“ Saya berharap agar pelajar di sini akan berjaya dari segi akademik dan rohani” katanya apabila ditemubual wartawan pelatih Buletin PSS SMK Matang


Berita IV

Oleh : Nur Aini, Qadiratul Ainie, Rabiatul Adawiyah, Nurul Izzah, Izzah

Guru pelatih seterusnya ialah Cik Dayangku Ezzah Nur Fatihah Awang Kee yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan berasal dari Sabah.

Cik Dayang mengetahui serba sedikit mengenai SMK Matang melalui blog Pusat Sumber SMK Matang.

“ Gambaran saya, stiuasi mencabar akan dihadapi apabila berhadapan dengan pelajar SMK Matang

“ Harapan saya, selama di SMK Matang, saya akan memberi pengalaman dan pengetahuan sedia ada kepada pelajar” Jelasnya semasa ditemui wartawan pelatih Buletin PSS SMK Matang



No comments:

Post a Comment