Dropdown menu

Tuesday, September 27, 2016

SMK Matang Johan PSS Cemerlang Daerah LMS

TAIPING : SMK Matang kekal sebagai johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori sekolah menengah peringkat Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) bagi tahun 2016.

Guru Perpustakaan dan Medianya, En. Adnan Abd Rahman berkata, pada tahun 2015 SMK Matang menjadi johan PSS Cemerlang bagi kategori sekolah menengah gred B

" Pada tahun ini, tiada kategori gred A dan B sebaliknya pertandingan kali ini melibat semua sekolah tanpa mengira kategori

" PSS SMK Matang akan mewakili Daerah LMS ke pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri " katanya

Adnan berkata , Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran  A/L  S.Raman telah menerima anugerah berkenaan semasa Majlis Anugerah NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada 20 September 2016.


" SK Kampung Jambu pula telah menjadi johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori sekolah rendah, manakala SJKT Ladang Temerloh telah menjadi johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)

" SMK Hua Lian pula telah menerima Anugerah Khas Pusat Sumber Cemerlang berikutan kejayaan pusat sumber sekolah berkenaan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan" katanya

Menurutnya, Majlis Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang Daerah Larut Matang dan Selama telah berlangsung meriah dengan sajian persembahan Tokoh NILAM sekolah menengah dan sekolah rendah serta persembahan Angklung

" Hadiah dan sijil telah disampaikan kepada pemenang untuk dua belas anugerah yang telah dipertandingkan.

" Antaranya, Anugerah Pengurusan NILAM terbaik, Anugerah Tokoh NILAM Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Anugerah PSS Cemerlang" katanya

Ketua Pegawai Seranta Risda Malaysia, Dato’ Ton Zalani Md. Darus telah merasmikan majlis ini dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak En. Mokhtar Wahid dan Penolong Pegawai Pendidikan (PPD) LMS En. Erman Tazardin

No comments:

Post a Comment