Dropdown menu

Wednesday, March 2, 2016

Ahli Kelab PSS diajar kemahiran membalut buku

MATANG : Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang dilatih dengan kemahiran membalut buku pada perjumpaan kokurikulum persatuan dan kelab Rabu lalu.

Pengerusi Kelab Syaidatul Nadrah Rusli berkata, Guru Penasihat Kelab PSS Puan Rossayu Mansor telah melatih ahli kelab membalut buku dengan cara yang betul

" Kami bertuah kerana mendapat tunjuk ajar Cikgu Rossayu yang merupakan seorang guru yang berpengalaman mengendalikan pusat sumber

" Banyak perkara yang kami belajar dari beliau pada hari ini" katanya

Syaidatul Nadrah berkata, proses membalut buku-buku baru perlukan cara yang betul bagi mengelakkan pembaziran plastik pembalut 


" Ramai ahli kelab yang tidak tahu cara membalut dengan betul dan jika tidak dilatih mereka akan membazirkan banyak plastik pembalut

" Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi sebilangan buku baru untuk dibalut" katanya

Katanya, setiap awal tahun banyak buku baru yang perlu dibalut setelah didaftar dalam sistem automasi.


Sekitar aktiviti membalut buku










No comments:

Post a Comment