Dropdown menu

Thursday, March 3, 2016

Tiga Pengawas PSS SMK Matang catat keputusan cemerlang SPM

MATANG : Tiga orang Pengawas Pusat Sumber SMK Matang 2015 menjadi antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah berkenaan apabila keputusannya diumumkan hari ini.

Mereka ialah Zieizi Ezwanie Zainol Afandi ,Nor Syazana Mohamad Tahir dan Nur Azlin Yahya.

Nor Syazana Mohamad Tahir (gambar) menjadi pelajar terbaik antara ketiga-tiga pelajar ini dengan memperolehi keputusan 8A diikuti dengan Zieizi yang turut memperolehi keputusan 8A

Ziezi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber dan Pengerusi Kelab Pusat Sumber tahun 2015. Manakala seorang lagi Pengawas Pusat Sumber Nur Azlin Yahya mencatat keputusan 7A.


Turut cemerlang ialah Pengawas Sekolah Muhammad Ali Imran Muhammad Adha.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketiga-tiga pelajar ini dan semua pelajar Tingkatan 5 yang memperoleh keputusan cemerlang dan lulus .
Pusat Sumber SMK Matang juga mengucapkan  tahniah kepada pentadbir dan guru-guru yang telah memberi komitmen membantu pelajar sehingga  SMK Matang menerima Sijil Penghargaan kerana telah memperolehi peningkatan peratus kelulusan terbaik Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) dalam peperiksaan SPM tahun 2015.

Pengetua SMK Matang , En. R.Karunagaran A/L S.Raman telah menerima sijil yang disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah LMS, Tuan Haji Aminuddin Mhd Nor di Pejabat Pendidikan Daerah LMS.


No comments:

Post a Comment