Dropdown menu

Sunday, September 6, 2015

SMK Matang Johan PSS Cemerlang LMS

TAIPING : SMK Matang muncul sebagai Johan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Larut Matang dan Selama bagi kategori Sekolah Menengah Gred B.

Kategori Sekolah Menengah Gred B adalah merangkumi sekolah-sekolah menengah yang mempunyai jumlah murid kurang 800 orang.

Anugerah NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang 2015 Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan pada 28 Julai di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama , Tuan Haji Mohd Sabri Haji Md Daud telah merasmikan majlis ini dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Majlis ini telah diserikan dengan beberapa persembahan pelajar dari sekolah terpilih seperti persembahan Angklung dan Action Song.





Sebanyak 10 anugerah NILAM dan enam anugerah PSS Cemerlang yang dipertandingkan telah disampaikan kepada sekolah dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

Berikut adalah senarai pemenang bagi anugerah PSS Cemerlang :

  1. Johan PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred A – SMK Hua Lian
  2. Johan PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred B – SMK Matang
  3. Johan PSS Cemerlang Kategori Sekolah Rendah Gred A – SK Kampong Jambu
  4. Johan PSS Cemerlang Kategori Sekolah Rendah Gred B – SK Changkat Larut
  5. Johan PSS Cemerlang Kategori Sekolah Rendah SKM– SJK (T) Ladang Lauderdale
  6. Anugerah Khas PSS Cemerlang - SK Taman Palma
Sementara itu, penyampaian anugerah PSS Cemerlang kepada Pusat Sumber Avicennia SMK Matang turut diadakan semasa Majlis Perhimpunan SMK Matang.

Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman telah menyampaikan anugerah berkenaan kepada Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman.

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) En. Adnan Abd Rahman yang ditemui berkata, kejayaan Pusat Sumber SMK Matang kerana sokongan Pengetua dan Pentadbir sekolah serta kerjasama guru-guru SMK Matang

" Pusat Sumber SMK Matang semasa dipimpin oleh GPM sebelum saya sudah sedia baik , saya cuma menambahbaik kekurangan yang ada

" Pengawas PSS juga banyak membantu menambahbaik Pusat Sumber sehingga berjaya menang peringkat daerah" Katanya

No comments:

Post a Comment