Dropdown menu

Sunday, September 27, 2015

Ahli Kelab PSS sertai Bengkel Pengacara Majlis

MATANG : Semua orang mungkin boleh berucap dan mengaku menjadi seorang penyampai yang baik, tetapi bagaimana menjadi pengucap dan penyampai yang berkesan dan efektif? 

Menyedari hakikat ini, Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan Bengkel Pengacara Majlis yang diadakan di Pusat Sumber SMK Matang baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Kelab PSS, Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, bengkel ini diadakan bagi membantu ahli Kelab PSS berkeyakinan untuk bercakap di hadapan audiens yang ramai. 

" Bengkel ini memberi pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip, konsep dan kepentingan membuat persembahan lisan dan pengucapan awam dengan berkesan 

" Seramai 22 orang ahli kelab diajar tentang kemahiran persembahan dan pengucapan awam yang merupakan kemahiran yang penting bagi semua orang" katanya


Menurut Nur Syahirah, Penasihat Kelab PSS, En. Adnan Abd Rahman sendiri yang memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli kelab

Kami mendapat tips-tips bagi mengatasi masalah perasaan gementar berucap di khalayak ramai

" Cikgu Adnan menerangkan gambaran yang negatif kepada penyampai jika gagal menyampaikan ucapan yang berkesan" katanya

Tambahnya, ahli kelab telah dilatih membuat persembahan menjadi pengacara majlis semasa bengkel berkenaan



Cikgu Adnan sedang memberi tunjuk ajar



Ahli Kelab PSS membuat latihan praktikal sebagai pengacara majlis



No comments:

Post a Comment