Dropdown menu

Wednesday, September 9, 2015

Jamuan Hari Raya SMK Matang meriah

MATANG : Pengawas Pusat Sumber Beh Weng Kai yang memperagakan pakaian baju Melayu ala 'P.Ramlee" telah dipilih memenangi hadiah pakaian paling bergaya kategori pelajar lelaki semasa Majlis Jamuan Hari Raya SMK Matang yang diadakan baru-baru ini.

Pengawas PSS yang membuat liputan berita, Syaidatul Nadrah Rosli berkata, Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan telah melibatkan semua pelajar pelbagai kaum, guru-guru dan kakitangan sekolah.

" Pada hari ini , semua guru dan pelajar memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi sama-sama meraikan Majlis Jamuan Hari Raya

" Pelbagai juadah disediakan kepada pelajar seperti satay, kuih-muih dan buah-buahan" katanya

Syaidatul Nadrah berkata, Majlis Jamuan Hari Raya begitu ceria dengan penglibatan semua pelajar dengan pakaian tradisional kaum masing-masing 


" Lebih meriah dengan celoteh pengacara majlis , Cikgu Nizam dan Cikgu Sharon yang turut memainkan pelbagai lagu Hari Raya lama dan baru

" Pengumuman Pakaian tercantik guru dan pelajar menjadi kemuncak kepada majlis pada hari ini" katanya

Beliau berkata, Saudari Nur Aishah seorang pelajar Tingkatan Dua telah dipilih sebagai pemenang pakaian tercantik kategori pelajar perempuan


" Cikgu Hafizol yang bertengkolok telah dipilih sebagai pemenang pakaian tercantik guru lelaki

" Manakala, Cikgu Mages yang sungguh ceria dengan pakaian sarinya telah dipilih sebagai pemenang tercantik guru wanita" katanya

Turut hadir memeriahkan majlis sebagai tetamu jemputan ialah Tuan Penghulu Mukim Matang dan Pengerusi PIBG SMK Matang . 



Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya
































No comments:

Post a Comment