Dropdown menu

Sunday, September 6, 2015

Lim Jia harumkan nama Pengawas PSS

MATANG : Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Lim Jia berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei dalam Bahasa Cina peringkat antarabangsa yang dianjurkan Majalah 'Kuailezuawen' Negara China. 

Lim Jia yang juga merupakan Pelajar Harapan Sekolah untuk peperiksaan PT3 telah menyertai pertandingan berkenaan hasil dorongan guru subjek Bahasa Cina beliau.

Kejayaan Lim Jia mendapat tempat ketiga daripada beribu-ribu penyertaan dari seluruh dunia menjadi kebanggaan Pusat Sumber SMK Matang.

Kemampuan beliau tidak boleh disangkal berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah




Semoga Lim Jia akan terus cemerlang menaikkan nama sekolah terutama dalam peperiksaan PT3 yang bakal dihadapi Oktober ini.



No comments:

Post a Comment