Dropdown menu

Tuesday, October 3, 2017

PIBG SMK Matang anjur Jogathon Hari Malaysia

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoorMATANG : Jogathon Hari Malaysia anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Matang menceriakan guru dan murid sekolah berkenaan menjayakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Setiausaha PIBG SMK Matang Adnan Abd Rahman berkata, Hari Malaysia merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua guru dan murid kerana hari ini merupakan detik pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
“ Semua cikgu dan murid bersama dengan rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar dengan hati yang gembira sekali.
“ Justeru, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah menganjurkan jogathon pada hari ini bagi memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan Hari Malaysia” katanya ketika ditemui semasa program jogathon berkenaan
Pelepasan peserta disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said. 

Image may contain: one or more people, people standing and outdoorTurut hadir di tapak pelepasan ialah R. Karunagaran A/L S.Raman Pengetua SMK Matang, Hasnul Hadi Abdul Thamin Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Zahrom Shah Mohd Saleh PK HEM dan Roslan Osman PK Kokurikulum.
Adnan berkata, Jogathon ini membabitkan larian sejauh 6 kilometer dan melalui beberapa kawasan perkampungan iaitu Kampung Matang Gelugur, Kampung Sungai Lang dan Kampung Hujung Matang.

“Sebanyak dua kategori dipertandingkan membabitkan seramai 442 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid SMK Matang.

Image may contain: 3 people, people smiling“ PIBG telah menyediakan hadiah kepada 20 pemenang bagi setiap kategori “ katanya

Menurut Adnan, jogathon yang diadakan juga bertujuan mengumpul dana untuk program kecemerlangan sekolah

“ Usaha mengumpul dana sendiri yang dilakukan oleh PIBG secara tidak langsung membantu pihak sekolah mengerakkan program kecemerlangan pelajar dengan lebih aktif lagi

“ Selain menjadikan murid yang cergas dan memupuk semangat cintakan negara, aktiviti ini juga membantu meningkatkan kecemerlangan akademik” katanya
Image may contain: one or more people and people standing
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Abdul Rahman Said yang ditemui berkata, PIBG SMK Matang menyambut saranan pihak kerajaan supaya berusaha sendiri menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana sekolah .
“ Saya berterima kasih kepada ibu bapa yang melibatkan diri secara aktif membantu pelajar mengumpul derma jogathon untuk membantu pihak sekolah
“ Saya juga berharap ibu bapa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, Hari Komunikasi dan Jogathon walaupun mereka sibuk bekerja” katanya
Image may contain: one or more people and text

No comments:

Post a Comment