Dropdown menu

Tuesday, October 3, 2017

Majlis 'Jasamu Dikenang' buat Cikgu Jamaluddin

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoorMATANG : Tarikh 23 Jun menjadi ingatan  buat warga SMK Matang apabila Cikgu Jamaludin Abdul Rahman yang banyak menabur bakti telah sampai tempoh akhir perhidmatan sebagai seorang guru.

Satu majlis 'Jasamu Dikenang' sempena persaraan Cikgu Jamaluddin telah diatur penuh dramatik. Warga SMK Matang telah berhimpun di Dataran Perhimpunan meraikan majlis 'Jasamu Dikenang' ini.

Majlis ini melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada Cikgu Jamaludin malah sekolah apabila dia diraikan dengan berkonsepkan Kesultanan Melayu.


Selepas aturcara penyampaian hadiah dan sijil kepada Cikgu Jamaluddin. Beliau telah  diarak dari singgahsana dengan kereta antik ke kereta beliau diiringi oleh pelajar dan guru SMK Matang
Cikgu Jamaluddin langsung tidak menyangka upacara persaraan itu diraikan sebegitu meriah.

Selamat Bersara Cikgu Jamaluddin. Semoga sentiasa sihat dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga. 



"Sekali Bergelar Cikgu Sampai bila pun dipanggil Cikgu" 

Biodata Cikgu Jamaluddin seperti di bawah :


Nama                        : Jamaluddin bin Abdul Rahman
Nama Bapa              : Abdul Rahman bin Hassan
Nama Ibu                 : Satariah bt Mat
Tarikh Lahir             : 27.06.1957
Tempat Lahir           : Changkat Jering,   Taiping, Perak.
Adik-beradik             : Anak ke 5 daripada 8 beradik.
Tarikh Perkahwinan: 8.4.1984
Nama Isteri              : Rosni bt Ibrahim
Bil. Anak                    : 6 0rang  ( 2 Lelaki   dan  4 Perempuan)  
Pendidikan :
Darjah 1-6: SK Changkat Jering ,Taiping,Perak.
Ting 1 – Ting 3: SMK Tengku Menteri,Changkat Jering,Taiping.
Ting 4 – Ting 6: SM Teknik, Pulau Pinang.
Diploma:  Maktab Perguruan Seri Kota ,   Kuala Lumpur.
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: UPSI (Matematik dan minor Pend. Seni)

Sejarah Perkhidmatan :
© SMK Khir Johari, Tg. Malim.   (1980 – 1985)
© SMK Tat Beng, Sg Nyior.  (1986 – 1989)
© SMK Simpang,Taiping .(1990 – 2004)
© SMK Matang  (2004 – 2017)
(Mata pelajaran yang diajar: Matematik, Matematik Tambahan, PJPK, dan PSK)
 Anugerah :
1995-Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  
2008-Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kejayaan Dan Sumbangan
© Penolong Jurulatih Bola Sepak Bawah 18 MSS Perak 1996 (Melaka)  Separuh Akhir.
© Penolong Jurulatih Bola Sepak   Bawah 13 tahun MSS Perak di Kuala Lumpur 2005
© PTPS Bola Sepak LMS (1996 – 2006)

Sumbangan Luar:
© Pemain Bola Sepak PSKPP Perak (1982 – 1995)
© Jurulatih Bola Sepak senior PSKPP LMS(1990)
©  Jurulatih Bola Sepak vetaren PSKPP Perak(2003)

Sekitar Majlis 'Jasamu Dikenang'

Image may contain: outdoor

Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing


No comments:

Post a Comment