Dropdown menu

Tuesday, October 3, 2017

Pengawas PSS Tingkatan 5 dirai

TAIPING : Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 SMK Matang tidak mahu meninggalkan sekolah terutama Pusat Sumber tanpa kenangan mengembirakan. 

Justeru, baru-baru ini mereka telah mengusahakan satu majlis santai untuk meraikan perpisahan mereka sebagai Pengawas PSS SMK Matang.

Naib Ketua Pengawas PSS, Beh Wen Kai berkata, majlis yang meriah dan ceria ini diadakan di SG , Taiping Mall . 

" Antara guru yang hadir ialah Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman , Guru Bestari En. Mohamad Hafizul Harun dan AJK Guru Pusat Sumber Cik Nur Shazwani Mohd Shaharum.

Majlis itu juga diadakan untuk Cik Nur Asmarihan Zuhari AJK Guru Pusat Sumber yang telah bertukar ke SMK Convent, Taiping" katanya



Sementara itu, Guru Perpustakaan dan Media , En. Adnan Abd Rahman memuji Pengawas PSS Tingkatan 5 yang mencadangkan majlis yang  baik untuk menghilangkan stress akibat penat belajar .

" Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan mereka malah baik untuk mereka release tension setelah berusaha keras belajar

" Pelajar bukan seharian kena belajar, mereka kena ada masa rehat supaya minda lebih tenang" katanya


Beliau berharap Pengawas PSS Tingkatan 5 tidak tertekan terutama menjelang peperiksaan SPM yang makin hampir

" Saya berharap mereka mengekalkan rekod Pengawas PSS pada tahun-tahun sebelum ini yang cemerlang pencapaian SPM 

" Saya ucap terima kasih di atas perkhidmatan mereka sebagai Pengawas PSS sejak dari Tingkatan 1 sehingga ke hari ini" katanya

Berikut ialah senarai Pengawas PSS Tingkatan 5

1. Lim Jia
2. Beh Wen Kai
3. Tan Xue Lin 
4. Chiew Qin Er
5. Lau Swea Chi
6. Mohd Afiq Osman
7. Low Poh Ting
8. Low Zhi Wei
9. Devagi a/p Sadasivam
10. Vani Letcumy a/p Nala Thamby



No comments:

Post a Comment