TAIPING : Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 SMK Matang tidak mahu meninggalkan sekolah terutama Pusat Sumber tanpa kenangan mengembirakan.
Justeru, baru-baru ini mereka telah mengusahakan satu majlis santai untuk meraikan perpisahan mereka sebagai Pengawas PSS SMK Matang.
Naib Ketua Pengawas PSS, Beh Wen Kai berkata, majlis yang meriah dan ceria ini diadakan di SG , Taiping Mall .
" Antara guru yang hadir ialah Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman , Guru Bestari En. Mohamad Hafizul Harun dan AJK Guru Pusat Sumber Cik Nur Shazwani Mohd Shaharum.
Majlis itu juga diadakan untuk Cik Nur Asmarihan Zuhari AJK Guru Pusat Sumber yang telah bertukar ke SMK Convent, Taiping" katanya
Tuesday, October 3, 2017
Bilik FROG VLE SMK Matang jadi tumpuan

Bilik ini yang diwujudkan awal tahun ini digunakan secara optima oleh pelajar dan guru di SMK Matang .
Hasrat membudayakan FROG VLE sebagai pelantar maya dalam PdP dan merealisasikan elemen 21st Century Learning di kalangan warga SMK Matang akhirnya menjadi kenyataan berikutan wujudnya Bilik FROG VLE.
Bilik FROG VLE SMK Matang juga dimanfaat oleh guru-guru di Daerah Larut Matang dan Selama yang mengikuti kursus pembinaan sites dalam FROG VLE yang dikendalikan oleh Guru Bestari SMK Matang En. Mohammad Hafizul Harun.
PIBG SMK Matang anjur Jogathon Hari Malaysia

Setiausaha PIBG SMK Matang Adnan Abd Rahman berkata, Hari Malaysia merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua guru dan murid kerana hari ini merupakan detik pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
“ Semua cikgu dan murid bersama dengan rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar dengan hati yang gembira sekali.
“ Justeru, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah menganjurkan jogathon pada hari ini bagi memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan Hari Malaysia” katanya ketika ditemui semasa program jogathon berkenaan
Pelepasan peserta disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said.
Rangkuman peristiwa di SMK Matang

Dalam tempoh ini, SMK Matang mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Penganugerahan Lencana Kecemerlangan Pelajar SPM, Sambutan Bulan Kemerdekaan , English Camp, Hari Komunikasi dan Majlis Khatam Al Quran
Berikut adalah gambar beberapa aktiviti yang telah berjalan :
Majlis 'Jasamu Dikenang' buat Cikgu Jamaluddin

Satu majlis 'Jasamu Dikenang' sempena persaraan Cikgu Jamaluddin telah diatur penuh dramatik. Warga SMK Matang telah berhimpun di Dataran Perhimpunan meraikan majlis 'Jasamu Dikenang' ini.
Majlis ini melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada Cikgu Jamaludin malah sekolah apabila dia diraikan dengan berkonsepkan Kesultanan Melayu.
Selepas aturcara penyampaian hadiah dan sijil kepada Cikgu Jamaluddin. Beliau telah diarak dari singgahsana dengan kereta antik ke kereta beliau diiringi oleh pelajar dan guru SMK Matang
Cikgu Jamaluddin langsung tidak menyangka upacara persaraan itu diraikan sebegitu meriah.
Subscribe to:
Posts (Atom)