Dropdown menu

Thursday, July 14, 2016

Nur Laili ketuai Badan Pengawas SMK Matang 2016

MATANG : Nur Laili Mohammad Nor dari Kelas 401 telah dipilih sebagai Ketua Pengawas SMK Matang yang baru mengantikan Nurul Azieyati Hanafi , 503.

Majlis perlantikan dan serah tugas Ketua Pengawas SMK Matang telah diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah di Dataran Perhimpunan

Guru Penasihat Badan Pengawas SMK Matang , En. Kamaruzaman Mohammad berkata, Pengetua SMK Matang, En. R. Karunagaran A/L S.Raman telah menyampaikan watikah perlantikan tersebut

" Bilangan pengawas baru yang dilantik pada tahun 2016 ialah seramai 30 orang, manakala jumlah semua pengawas ialah 60 orang.



" Saya berharap pengawas yang baru dilantik dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya " katanya ketika ditemui wartawan pelatih Buletin Pusat Sumber

En. Kamaruzzaman memberitahu, perlantikan Ketua Pengawas dan pengawas baru pada pada pertengahan tahun bertujuan memberi peluang kepada pengawas yang sudah berada di Tingkatan lima memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan SPM .


Sekitar Majlis Perlantikan Pengawas





Oleh : Wartawan BPSS - Tan Xue Lin, Lau Swea Chi, Low Zhi Wei, Low Poh Ting

No comments:

Post a Comment