Dropdown menu

Wednesday, June 29, 2016

Kelab PSS hasilkan kad ucapan sempena Hari Raya

MATANG : Siapa yang masih dapat kad raya sekarang ni? Dahulu kemeriahan sambutan hari raya begitu terasa bila dapat banyak kad raya. 

Bagi mengamit kenangan zaman dahulu sempena menyambut Hari Raya, ahli-ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan aktiviti menghasilkan Kad Hari Raya

Pengawas Pusat Sumber , Aisyatul A’Aiyah Rosli berkata, Guru Penasihat Kelab telah menyediakan bahan untuk menghasilkan kad raya kepada ahli kelab

“ Kami disediakan dengan manila kad, kertas pembalut hadiah, kotak cenderahati majlis kahwin, plastik, akhbar lama, riben , gam dan gunting  


“ Ahli kelab dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan perlu menghasilkan Kad Hari Raya bersaiz besar menggunakan kreativiti ahli kumpulan”katanya

Aisyatul A’Aiyah berkata, aktiviti ini sangat menarik kerana setiap kumpulan masing-masing mahu menghasilkan kad paling menarik

” Apabila kad raya ini kami hasilkan rasa teruja kerana zaman kami tidak merasa untuk menerima kad raya macam zaman dulu

” Dulu orang suka bagi kad raya dan dapat banyak kad raya.  Sekarang ni, dah tak merasa kerana orang sekarang guna Whats Apps, Facebook dan Telegram untuk hantar ucapan” katanya

Menurutnya , semua kad yang dihasilkan dipamerkan di sudut hasil kerja murid dalam Pusat Sumber

”  Bila kad raya kami dipamerkan terasa ceria Pusat Sumber sempena menyambut Aidilfitri

” Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang” katanya


Sementara itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK Matang yang beragama Islam, ”Semoga Bergembira Di Hari Lebaran”

Sekitar aktiviti 









No comments:

Post a Comment