Dropdown menu

Tuesday, November 7, 2017

SMK Matang mampu lakar kecemerlangan

MATANG : Kejayaan SMK Matang memenangi beberapa anugerah semasa Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama membuktikan sekolah berkenaan mampu bersaing dan melakar kecemerlangan

YDP PIBG SMK Matang , Abdul Rahman Said berkata, kejayaan ini adalah usaha keras pentadbir sekolah , guru-guru dan pelajar sekolah ini.

“ SMK Matang telah memenangi Anugerah Pengurusan Terbaik VLE Sekolah  Menengah kategori 4G dan kategori Class Room Make Over 

“ Manakala Guru Penyelaras Bestari sekolah ini , Mohamad Hafizul Harun memenangi kategori Guru Paling Aktif”, katanya

Selain itu, SMK Matang juga turut menjadi johan bagi Anugerah Pengurusan NILAM Terbaik Daerah Larut Matang dan Selama.


Abdul Rahman berkata, guru dan pelajar SMK Matang telah memanfaatkan bilik Frog VLE secara optima dalam pengajaran dan pembelajaran

“ Bilik ini diwujudkan awal tahun ini melalui usaha pentadbir dan guru yang diketuai Guru Penyelaras Bestari , Mohamad Hafizul Harun.

“ Guru -guru yang tidak mengenal erti penat mengubahsuai struktur dalaman, mengecat, menghias dan melengkapkan bilik ini” katanya

Sementara itu, Guru Penyelaras Bestari , Mohamad Hafizul Harun berharap bilik Frog VLE akan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh guru dan pelajar SMK Matang.

“ Dengan adanya kemudahan bilik ini akan meningkatkan KPI Frog VLE sekolah akhirnya tercapai

“Disamping itu, bilik ini juga membudayakan pengajaran dan pembelajaran maya bercirikan pembelajaran abad ke 21” katanya

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Daerah Larut Matang dan Selama anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang dan Selama dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Larut Matang dan Selama telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak Mat Lazim Idris

SMK Datuk Kamaruddin dan SK Bukit Jana telah menjadi johan bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Daerah Larut Matang dan Selama bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah masing-masing.

1 comment: