Dropdown menu

Tuesday, November 7, 2017

Kelab Pusat Sumber kekal terbaik


MATANG : Kelab Pusat Sumber kekal memenangi Anugerah Kelab dan Pesatuan terbaik sempena Hari Anugerah Kokurikulum SMK Matang.

Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh YDP PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said di Dataran Perhimpunan , SMK Matang


Penolong Kanan Kokurikulum , Roslan Osman berkata, Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin pelajar sekolah ini.

" Majlis ini juga digarap bagi menonjolkan para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2017 

" Di samping memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi" katanya

Menurutnya, Hari Anugerah Kokurikulum diharap memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun negeri dan kebangsaan. 

" Pasukan St. John Ambulance kekal memenangi anugerah Badan Beruniform terbaik , manakala Pasukan Bola Keranjang memenagi kategori anugerah  sukan terbaik SMK Matang

" Anugerah juga disampaikan kepada Devagi A/P Sadasivam dari kelas 504 yang berjaya menjadi pembaca teringgi anugerah NILAM Sekolah Menengah Daerah Larut Matang dan Selama"katanya

Tambahnya, pada majlis anugerah cemerlang kokurikulum ini juga disampaikan sijil penghargaan pelajar Tingkatan 5 yang menjadi AJK Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta sijil penghargaan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

" Anugerah Tokoh Pelajar dalam bidang sukan dan Anugerah Tokoh Pelajar dalam sahsiah juga diberikan , disamping anugerah kepada guru yang cemerlang dalam bidang kokurikulum serta sukan" katanya

Sekitar Majlis Anugerah Kokurikulum


















No comments:

Post a Comment