Dropdown menu

Wednesday, November 16, 2016

Tahniah, SMK Matang

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran , guru-guru , kakitangan serta pelajar SMK Matang kerana mencatat sejarah memenangi pertandingan penjimatan elektrik “Energy Efficiency Challenge 2016” anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) yang melibatkan semua sekolah menengah seluruh negara.

SMK Matang telah membawa pulang hadiah sebanyak RM 15,000.00 beserta plak dan sijil penghargaan semasa majlis penyampaian hadiah Energy Efficiency Challenge 2016 di Hotel Marriott, Putrajaya pada 8 November 2016.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

SMK Matang mendapat tempat pertama apabila memperoleh markah 96 peratus dengan penjimatan elektrik sebanyak 27.36 peratus.


Tempat kedua dimenangi SMK Chio Min, Kedah dengan markah 81 peratus serta penjimatan elektrik sebanyak 10.73 peratus

Bagi tempat ketiga, dimenangi SMK Tun Mutahir, Melaka dengan markah 74 peratus dan penjimatan elektrik sebanyak 9.5 peratus.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah








No comments:

Post a Comment