Dropdown menu

Thursday, November 17, 2016

St. John Ambulance terima anugerah kokurikulum terbaik SMK Matang

MATANG : Pasukan St. John Ambulance telah menerima anugerah kokurikulum terbaik SMK Matang semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kokurikulum dan Sukan SMK Matang di Dataran Perhimpunan, di sini.

Pengumuman kejayaan St. John Ambulance ini dibuat semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang.

Pasukan St John Ambulance telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan sekolah pada tahun 2016. Antaranya, menjadi johan pertandingan memasak St. John Ambulance Kawasan Perak Utara.

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang telah disempurnakan perasmiannya Pengetua SMK Matang En. Karunagaran A/L S.Raman

Majlis anugerah berkenaan adalah acara tahunan SMK Matang bagi menghargai jasa guru dan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan

Guru Penasihat Pasukan St. John Ambulance Puan Low Mee Hoon telah menerima anugerah berkenaan.


AJK Badan Beruniform, Sukan serta Persatuan dan Kelab termasuk AJK Kelab Pusat Sumber turut menerima sijil penghargaan masing-masing


Pengetua SMK Matang En. Karunagaran A/L S.Raman , Penolong Kanan 1 En. Hasnul Hadi Abdullah Thamin, PK HEM En. Zahrom Shah Saleh dan PK Koko En. Roslan Osman turut menyampaikan anugerah dan sijil kepada pelajar.

Sekitar Majlis Anugerah Kokurikulum









No comments:

Post a Comment