Dropdown menu

Wednesday, November 18, 2015

Kelab Pusat Sumber, Puteri Islam, Sepak Takraw terbaik kokurikulum

MATANG : Kelab Pusat Sumber, Pasukan Puteri Islam dan Pasukan Sepak Takraw telah anugerah kokurikulum terbaik kategori masing-masing semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kokurikulum dan Sukan SMK Matang di Dataran Perhimpunan, di sini.

Pengawas Pusat Sumber Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, majlis anugerah berkenaan adalah acara tahunan SMK Matang bagi menghargai jasa guru dan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan

" Kelab Pusat Sumber telah dipilih menerima anugerah terbaik bagi kategori kelab dan persatuan. Manakala Pasukan Puteri Islam menerima anugerah terbaik bagi kategori unit beruniform.

Pasukan Sepak Takraw pula kekal memenangi anugerah terbaik bagi kategori sukan dan permainan" katanya

Nur Syahirah berkata, Pusat Sumber SMK Matang mencatat pencapaian terbaik apabila dipilih menerima Anugerah Kokurikulum Terbaik keseluruhan SMK Matang bagi tahun 2015.

" Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Matang En. Abd Rahman Said. 

" Turut menerima anugerah berkenaan ialah Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam yang diterima oleh Jurulatih Kawad Kaki En. Mohd Faisal Asamani" katanya

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang telah disempurnakan perasmiannya Yang Dipertua PIBG SMK Matang En. Abd Rahman Said

" Turut menerima sijil penghargaan ialah AJK Badan Beruniform, Sukan serta Persatuan dan Kelab yang diwakili Pengerusi masing-masing

" Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman, Penolong Kanan 1 En. Hasnul Hadi Abdullah Thamin, PK HEM En. Zahrom Shah Saleh dan PK Koko En. Roslan Osman turut menyampaikan anugerah dan sijil kepada pelajar" katanya

Sekitar Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum









No comments:

Post a Comment