MATANG : Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan
Negara, Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan
promosi siri buku baru berkaitan sejarah yang terdapat di Pusat Sumber
Pengawas Pusat Sumber Lim Jia dan Tan
Xue Lin telah mengendalikan aktiviti promosi buku berkenaan.
Lim Jia memberitahu siri
buku yang pertama ialah Siri Pahlawan Terbilang Negara. Siri ini menceritakan
kisah perjuangan tokoh-tokoh pejuang negara di negeri-negeri di Tanah Melayu .
" Siri ini amat sesuai untuk dibaca para pelajar sebagai cara menambah
pengetahuan berkaitan sejarah .
" Terdapat enam buah buku dalam siri buku ini
.Antaranya ialah, Pahlawan Terbilang Terengganu, Pahlawan Terbilang Perak,
Pahlawan Terbilang Kelantan, Pahlawan Terbilang Sarawak, Pahlawan Terbilang Sabah,
Pahlawan Terbilang Pahang
" Siri
ini memuatkan pelbagai fakta berkaitan sejarah negeri-negeri Melayu untuk pengetahuan
pelajar.
" Terdapat lapan buah buku dalam siri ini. Antaranya, Sejarah Negeri
Kedah Darul Aman, Sejarah Negeri Pahang Darul Makmur dan Sejarah Negeri Perak
Darul Ridzuan" Jelasnya
Menurut Lim Jia, Sejarah
tidak akan hilang, segala peristiwa tercatat dalam jiwa bangsanya. Oleh itu,
adalah menjadi kewajipan setiap Negara mengetahui asas sejarah Negara.
" Siri novel
sejarah ini mengandungi 10 buah buku antaranya Tiada Belas Kasih, Tekad Satu
Hati, Pintu Kemusnahan dan Sengsara Tiada Putus" katanya
Tambahnya, Siri Lagenda Rakyat adalah bacaan ringan
yang terdiri daripada cerita-cerita pilihan sastera rakyat.
" Buku ini membantu
pelajar merehatkan fikiran sambil mengisi masa terluang.
" Terdapat lapan buah
buku termasuk dalam siri ini seperti Hang Jebat Mati Ditikam, Hang Nadim dan
Hang Tuah Pahlawan Terbilang " terangnya
Akhir sekali, beliau mencadangkan rakan pelajar membaca
buku dari Siri Kumpulan Sajak.
" Siri ini menyajikan sajak-sajak berkaitan
kehidupan termasuk sajak patriotik dan kemerdekaan.
" Antara judul buku dari siri
ini ialah Batas Impian, Yang Jauh dan Dekat serta Dusun Kemesraan"katanya
Lim Jia berkata, kelima-lima siri buku ini sudah berada di Pusat
Sumber dan boleh dibaca pelajar sempena Bulan Kemerdekaan ini.
" Kami mempersilakan rakan-rakan pelajar ke Pusat
Sumber untuk membaca siri buku baru ini" katanya
No comments:
Post a Comment