MATANG : Pertandingan Jejak Maklumat ASEAN anjuran Kelab Pusat Sumber SMK Matang yang berkonsepkan Eksplore Race telah mendorong penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam papan carta informasi ASEAN yang dipamerkan di laluan ilmu , SMK Matang.
Penasihat Kelab Pusat Sumber En. Mohd Fadeli Zakaria, peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi enam ahli
" Setiap kumpulan diberi satu set kertas soalan yang memerlukan mereka mencari jawapan bagi 45 soalan yang disediakan
" Masa yang diberi selama sejam, terpulang kepada setiap kumpulan menggunakan strategi mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang ditetapkan" katanya
Beliau berkata, pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti serta menguji semangat berpasukan setiap peserta dalam kumpulan.
" Semua kumpulan berjaya mendapatkan jawapan pada masa yang ditetapkan dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah jawapan yang tepat.
" Sekiranya, jawapan yang tepat sama jumlahnya maka pemenang yang mengambil masa paling cepat dikira sebagai pemenang" katanya
Sementara itu, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan ini telah diadakan sewaktu perhimpunan sekolah.
Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Matang, En. Zakaria Othman.
Sekitar pertandingan Jejak Maklumat ASEAN
No comments:
Post a Comment