Apa itu NILAM?
LATAR BELAKANG
Budaya
ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk
menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan
berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat
kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan
budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan
membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota
masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan
dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai
rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan
dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk
negara maju.
Program NILAM
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima
untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di
samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa
mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca.
Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM
adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan.
Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat
Malaysia amnya.
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Avicennia SMK Matang adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
- Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
- Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Avicennia SMK Matang adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
- Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
- Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
- Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
- Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
- Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
- Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
- Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Avicennia SMK Matang adalah seperti berikut;
- Bercerita
- Membaca bersama
- Bicara Buku
- Meminjam buku
- Memberi pinjaman buku
- Ulasan Buku
- Ulat Buku
- Kamus Bergerak
- Forum
- Ceramah Buku
- Ceramah
- Jejak Buku
- Khemah Membaca
- Kuiz Pengetahuan
- Radio Sekolah
- Pameran Buku
- Buku Skrap
- SEMAI
- Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)
Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Avicennia SMK Matang . Murid-murid yang layak akan mendapat:
- “Stand Medal”
- Buku Kerja.
- Sijil Anugerah NILAM
- Kad Ahli Ekslusif NILAM
- Kad Kumulatif
- Sijil Akuan Sekolah
- Sijil Berhenti Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala
aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak
serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca
peringkat Pusat Sumber Avicennia SMK Matang adalah
sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM
No comments:
Post a Comment