KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
- Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
- Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
- Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
- Pembangunan ICT dalam pendidikan
- Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
- Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
- Organisasi maya (Virtual Organization)
- Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
- Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
- Penggunaan komputer dan sistem elektronik
- Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
- boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
- boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
- bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
- menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
- menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
- melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
- mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi Tugasan
|
Strategi Pencarian Maklumat
|
Lokasi dan Akses
|
Mengguna maklumat
|
Sintesis
|
Penilaian
|
Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
- Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
- Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
- Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
- Peningkatan Penyebaran Maklumat
- Peningkatan Pencapaian Akademik
- Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
- Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
Literasi_Maklumat
Literasi dan Jejak maklumat
LM ke arah pendidikan bestari
No comments:
Post a Comment