Dropdown menu

Monday, January 25, 2016

Syaidatul Nadrah ketuai Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber

MATANG : Naib Bendahari Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber sesi 2015 , Syaidatul Nadrah Rosli, 503 telah dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang sesi 2016

Nur Syahirah Mohd Tahir, 502 pula dipilih sebagai Naib Pengerusi. Manakala Salmiah Amran, 502 dan Nur Izzati Zainal Abidin, 502 masing-masing dipilih sebagai Setiausaha dan Bendahari.

Pemilihan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber sesi 2016 telah diadakan di Pusat Sumber SMK Matang dan dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media , En. Adnan Abd Rahman

Lim Jia dan  Beh Wen Kai dari kelas 401 telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Naib Bendahari Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber sesi 2016.


Enam ahli jawatankuasa yang telah dipilih ialah Tan Xue Lin – Kaunter, Muhammad Saiful Aizam – Promosi, Aisyatul A’aiyah Rosli – Keceriaan, Chiew Qir Er – Proses Bahan, Amirul Aliff Abd Salam – Pondok/Laluan Ilmu dan Lim Swea Chi – Bilik Khas.

No comments:

Post a Comment