Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Aisyatul A’aiyah Rosli
berkata, Hari Orientasi ini diadakan
khas untuk murid baru Tingkatan 1 dan Peralihan bagi sesi 2016
“ Program ini bertujuan menerapkan nilai yang positif dan
efektif dalam mencintai alam persekolahan baru serta bersemangat menempuhi alam
persekolahan
“ Disamping mengetahui selok belok tentang proses pengajaran
dan pembelajaran Tingkatan 1 dan Peralihan yang dilaksanakan di sekolah ini”
katanya
Menurutnya, murid akan didedahkan dengan beberapa sesi penerangan berkaitan disiplin, SPBT, kaunseling dan biasiswa.
“ Pusat Sumber SMK Matang juga
diberi satu slot penerangan tentang Pusat Sumber dan Program NILAM.
” Guru Perpustakaan dan Media ,
En. Adnan Abd Rahman telah memberi penerangan menggunakan persembahan power
point yang menarik” katanya
Tambahnya, aktiviti nyanyian lagu Negaraku,
Perak, Sekolah dan Perak Excellent turut diadakan
yang berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan serta dipelajari sepanjang tahun di sekolah ini.
Hari Orientasi Tingkatan Satu dan
Peralihan 2016 dianjurkan oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling SMK
Matang.
No comments:
Post a Comment