Dropdown menu

Wednesday, January 27, 2016

Sistem pengunjung rekod data pelajar ke pusat sumber

MATANG : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang melaksanakan Sistem Pengunjung Pusat Sumber bermula pertengahan Januari 2016.

Pengerusi Pengawas PSS SMK Matang Syaidatul Nadrah Rosli berkata, sistem automasi ini merekod data pelajar yang masuk ke pusat sumber

” Tempoh percubaan untuk penggunaan sistem ini akan dilaksanakan selama sebulan bermula pertengahan Januari sehingga pertengahan Februari

” Ini bagi memberi tempoh kepada pelajar membuat kad perpustakaan ” katanya

Syaidatul Nadrah memberitahu, pada peringkat awal sistem ini hanya akan digunakan mencatat kehadiran pelajar ke pusat sumber semasa waktu rehat


” Bermula Mac 2016, semua pelajar yang masuk ke pusat sumber pada waktu rehat akan mengimbas kad perpustakaan pada pengimbas kod bar

” Selepas mengimbas kad, pelajar perlu menekan butang simbol contohnya F6 untuk bacaan sekira pelajar masuk untuk membaca” katanya

Beliau berkata, sambutan pelajar terhadap sistem ini amat baik dan ramai yang sudah mula menempah kad perpustakaan masing-masing

Sementara itu, Guru Perpustakaan dan Media, En. Adnan Abd Rahman berharap masalah merekod keluar masuk pelajar pada waktu rehat dapat diselesaikan melalui penggunaan sistem ini

" Pelajar yang masuk ke pusat sumber bersama guru pengiring masih menggunakan cara manual, dimana guru pengiring akan mencatat dalam buku rekod penggunaan pusat sumber

" Sistem ini hanya digunakan sewaktu rehat kerana waktu itu paling sibuk dengan kehadiran ramai pelajar" katanya

No comments:

Post a Comment