Temuduga berkenaan telah dikendali oleh Guru GPM En. Adnan Abd Rahman pada minggu ketiga persekolahan di Pusat Sumber SMK Matang.
Menurut En. Adnan, pelajar yang terpilih selepas menjalani temuduga ini akan mengikuti tempoh percubaan sebagai Pengawas Pusat Sumber selama dua bulan bermula Mac 2015.
" Keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 4, namun pelajar lain yang layak juga akan diberi peluang.
" Pelajar yang melepasi tempoh percubaan dengan baik akan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang secara rasmi. " katanya
Beliau berkata, pelajar yang terpilih akan menerima bimbingan dari Pengawas Pusat Sumber yang lebih berpengalaman semasa melaksanakan tugas.
Sekitar sesi temuduga Pengawas PSS
No comments:
Post a Comment