MATANG : Seramai empat orang pelajar Tingkatan Lima akan menamatkan tugas
mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
Mereka ialah Nor Hanani Osman , Chua Poh Loo , Durka a/p Subramaniam dan
Durga Devi a/p Letcumanan.
Guru Perpustakaan dan Media, En. Adnan Abd Rahman berkata, kesemua mereka
akan menerima sijil penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang
” Mereka telah bertugas dengan baik sepanjang menjadi Pengawas Pusat Sumber
SMK Matang.
” Ada di antara mereka yang menjadi Pengawas Pusat Sumber sejak berada di
Tingkatan Satu lagi” jelasnya
En. Adnan berkata, keempat-empat pelajar ini juga akan menerima sijil
penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah dalam
Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
” Sebagai penghargaan di atas sumbangan ini, mereka layak menerima sijil
penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang” katanya
Beliau berharap keempat-empat pelajar ini dapat memanfaat ilmu dan
pengalaman sebagai Pengawas Pusat Sumber apabila berada di tengah-tengah
masyarakat nanti.
No comments:
Post a Comment