Dropdown menu

Friday, March 6, 2015

Pengiraan stok akhir buku-buku PSS

MATANG : Mulai 10 November 2014,  Pusat Sumber SMK Matang  telah ditutup untuk tujuan pengiraan stok akhir buku-buku PSS sehingga akhir tahun 2014.

Seramai sembilan Pengawas Pusat Sumber terbabit dalam aktiviti pengiraan stok yang mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan.

Pujian harus diberi kepada Pengawas Pusat Sumber yang dapat menyelesaikan tugas walaupun aktiviti pengiraan stok ini agak memenatkan.

Aktiviti pengiraan stok akhir buku-buku PSS memerlukan Pengawas Pusat Sumber mengeluarkan semua buku-buku di setiap rak , merekodkan nombor perolehan setiap buku dalam borang yang disediakan.


Selesai direkodkan , buku-buku ini disusun semula mengikut kategori buku berkenaan di rak masing-masing.


Buku-buku direkodkan dalam borang yang disediakan


Pengawas Pusat Sumber tekun merekod buku



Buku yang telah direkod disusun semula di rak



Pengawas Pusat Sumber membalut ubat pencegah serangga




Ubat pencegah serangga diletakkan di rak buku

No comments:

Post a Comment