MATANG : Unit Kokurikulum SMK Matang telah
menganjurkan satu perkhemahan perdana badan beruniform di Kem PERASA Autocamp pada 6 hingga 7 Oktober yang lalu.
Perkhemahan tersebut telah disertai oleh pelajar
seramai hampir 97 orang yang mewakili badan beruniform masing-masing yang
terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet
Remaja Sekolah , Puteri Islam, St John Ambulance dan Kadet JPJ.
Penolong Kanan Kokurikulum , Roslan Osman berkata PERASA Autocamp adalah sebuah tapak perkhemahan di kawasan kebun
buah-buahan dan di kaki Bukit Jelutong.
“ Sejuk,
tenteram, nyaman, jauh daripada kebisingan dan kesibukkan kota. Dikelilingi
oleh alam semulajadi yang menghijau dengan flora dan fauna yang tidak dapat
dilihat di bandar-bandar
“
Keselamatan peserta juga terjamin kerana kem ini mengadakan pagar yang
kemas dan pembantu keselamatan yang sentiasa berada di kawasan perkhemahan”
katanya
Menurutnya, perkhemahan
tersebut menampilkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri
dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta.
“ Aktiviti-aktiviti yang
telah dilaksanakan ialah latihan kawad kaki, beriadah, nightwalk, flying fox,
ikhtiar hidup, sesi motivasi dan persembahan.
“ Semua acara tersebut
telah dijalankan oleh para fasilitator yang dijemput beserta dengan guru – guru”
katanya
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
guru dan semua fasilitator yang hadir menghulurkan bantuan, khususnya dari segi
pengawasan program dan penyediaan makanan sepanjang perkhemahan.
“ Sekalung penghargaan juga kepada para fasilitator
yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang perkhemahan berlangsung
untuk memastikan agar pengisian program yang diterima oleh para peserta
berjalan dengan penuh bermakna.
“ Semoga kerjasama dan semangat muhibbah yang
ditunjukkan semasa perkhemahan kali ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa”
katanya
Sekitar Perkhemahan Perdana
No comments:
Post a Comment