Tiap pertemuan pasti ada
perpisahan
Itu adat, itu lumrah
kehidupan
Begitulah rentetan
perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak
jalan
Selagi hayat dikandung
badan
MATANG : Tanggal
31 Oktober 2017 satu majlis perpisahan ‘Sekalung Budi, Sentuhan Abadi’ khas untuk
Cikgu Nor Saida Hassan telah diadakan dalam suasana yang ceria di sebalik rasa
sedih dengan persaraan seorang guru yang lama menabur bakti khususnya di SMK
Matang
Beliau yang meninggalkan kerjaya perguruan setelah
berkhidmat selama lebih 30 tahun diraikan dalam satu majlis khas.
Majlis dimulakan dengan dengan sambutan ketibaan Cikgu
Nor Saida ke Dataran perhimpunan, kemudian diiring ke singgahsana khas yang
disediakan. Majlis kemudianya dieruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmadan dan
diikuti ucapan tuan pengetua.
Seterusnya, ucapan perpisahan dari Cikgu Nor Saida
kepada semua guru dan pelajar SMK Matang. Dalam
ucapanya, beliau sedih kerana terpaksa meninggalkan kerjaya perguruan yang
sudah sebati dengan jiwanya.
"Namun saya gembira kerana dapat mendidik anak
bangsa menerusi kerjaya sebagai seorang guru," katanya
Selepas acara memotong kek dan penyampaian hadiah
kepada Cikgu Nor Saida. Beliau kemudiannya bersalaman dengan guru dan murid di
sepanjang laluan keluar .
Pergi ke dusun memetik
kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
No comments:
Post a Comment