MATANG : Kejayaan meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) selama tiga tahun berturut-turut untuk pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) mendapat pengiktirafan apabila SMK Matang telah menerima sijil penghargaan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.
Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Tuan Haji Mohd Rosli Ahmad kepada Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran a/l S. Raman di Ipoh, baru-baru ini
Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah dan syabas kepada pentadbiran dan guru-guru SMK Matang di atas kejayaan SMK Matang mendapat pengiktirafan ini.
Semoga , GPS SMK Matang akan terus meningkat bagi pencapaian SPM tahun 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment