Dropdown menu

Wednesday, October 26, 2016

80 pelajar SMK Matang sertai perkhemahan perdana

MATANG : Seramai 80 orang pelajar dari enam Unit Beruniform SMK Matang merasai pengalaman menarik menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform sekolah berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula 7 hingga 9 Oktober  , di sini

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Matang,  Roslan Osman berkata, pelbagai aktiviti disusun dalam perkhemahan ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang

“ Perkhemahan ini disertai oleh pelajar-pelajar yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform.

“ Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak KPM yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum” katanya
 
Roslan berkata, aktiviti yang dijalankan bertujuan meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

“Ini bagi membentuk pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

“ Antara aktiviti yang dijalankan ialah Abseiling , flying fox ,dan latihan kebakaran yang mendapat bantuan dan tunjuk ajar dari pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia  (JPAM)  Daerah Larut Matang dan Selama” katanya

Katanya, Perkhemahan ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian agar dapat membentuk modal insan yang seimbang.

“ Secara keseluruhan perkhemahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan

” Disamping meningkatkan keberanian dan keyakinan diri pelajar  serta memupuk  semangat bekerjasama antara ahli kumpulan  ” katanya 

Tambahnya , terdapat juga aktiviti berbentuk pertandingan yang melibatkan unit-unit beruniform seperti pertandingan masakan dan persembahan terbaik.


Pengetua SMK Matang, R.Karunagaran A/L S.Raman telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah perkhemahan perdana di Dataran Terbuka, SMK Matang.

Sekitar Perkhemahan Perdana










No comments:

Post a Comment