Dropdown menu

Thursday, July 14, 2016

137 pelajar SMK Matang hadir penuh terima sijil penghargaan

MATANG : Seramai 137 pelajar SMK Matang telah menerima sijil penghargaan kehadiran penuh bagi penggal pertama persekolahan 2016.

Majlis penyampaian sijil berkenaan telah diadakan semasa perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan dan disempurnakan oleh Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran A/L S. Raman

Guru Penyelaras program, Pn. Nur Azlin Kamalluarifin berkata, sijil pengharagaan ini diberi sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang hadir penuh atau 100% kehadiran.

" Daripada 137 pelajar ini, 38 daripadanya adalah pelajar Tingkatan Empat dan 21 pelajar dari Tingkatan Lima

" Manakala, seramai 26 pelajar dari Tingkatan Satu, 13 pelajar dari Tingkatan Dua dan 39 pelajar dari Tingkatan Tiga telah mencatat kehadiran penuh " katanya ketika ditemui wartawan pelatih Buletin Pusat Sumber di Bilik Kaunseling



Pn. Azlin yang juga Kaunselor di SMK Matang , berkata, pihak sekolah telah melakukan banyak usaha untuk meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah

" Antaranya, memberi sijil penghargaan dan hadiah berbentuk hamper kepada pelajar yang hadir penuh ke sekolah

" Selain itu, pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan menerima hukuman, malah jika kehadiran merosot ibu bapa pelajar akan dipanggil ke sekolah " katanya

Menurutnya, usaha pihak sekolah ini menampakkan hasil yang menggalakkan apabila peratus kehadiran pelajar ke sekolah meningkat berbanding tahun 2015

" Purata kehadiran setiap bulan melebihi 90% , malah pernah mencapai 96% pada bulan Januari .

" Harapan saya, pelajar SMK Matang hadir ke sekolah setiap hari supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan merasai pengalaman baru setiap hari" katanya

Sementara itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir penuh khususnya Pengawas Pusat Sumber


Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan






Oleh : Wartawan BPSS - Aisyatul A'aiyah, Nurilishanadiah, Nur Izzati, Norhizalia

No comments:

Post a Comment