MATANG : Siapa yang masih dapat kad raya sekarang ni? Dahulu
kemeriahan sambutan hari raya begitu terasa bila dapat banyak kad raya.
Bagi mengamit kenangan zaman dahulu sempena
menyambut Hari Raya, ahli-ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan
aktiviti menghasilkan Kad Hari Raya
Pengawas Pusat Sumber , Aisyatul A’Aiyah Rosli
berkata, Guru Penasihat Kelab telah menyediakan bahan untuk menghasilkan kad raya
kepada ahli kelab
“ Kami disediakan dengan manila kad, kertas
pembalut hadiah, kotak cenderahati majlis kahwin, plastik, akhbar lama, riben ,
gam dan gunting
“ Ahli kelab dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan perlu
menghasilkan Kad Hari Raya bersaiz besar menggunakan kreativiti ahli kumpulan”katanya
Aisyatul A’Aiyah berkata, aktiviti
ini sangat menarik kerana setiap kumpulan masing-masing mahu menghasilkan kad
paling menarik
” Apabila kad raya ini kami
hasilkan rasa teruja kerana zaman kami tidak merasa untuk menerima kad raya
macam zaman dulu
” Dulu orang suka bagi kad
raya dan dapat banyak kad raya. Sekarang ni, dah tak merasa kerana orang
sekarang guna Whats Apps, Facebook dan Telegram untuk hantar ucapan” katanya
Menurutnya , semua kad yang dihasilkan dipamerkan di sudut hasil kerja murid dalam Pusat Sumber
” Bila kad raya kami
dipamerkan terasa ceria Pusat Sumber sempena menyambut Aidilfitri
” Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami ahli Kelab Pusat
Sumber SMK Matang” katanya
Sementara itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan
Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK Matang yang beragama Islam, ”Semoga
Bergembira Di Hari Lebaran”
Sekitar aktiviti
No comments:
Post a Comment