Naib Bendahari Pengawas PSS , Beh Wen Kai berkata, program berkenaan dihadiri oleh Pengawas Pusat Sumber sekolah-sekolah Zon Simpang
" Peserta yang hadir terdiri dari pengawas pusat sumber dari lima sekolah menengah dan selebihnya Pengawas Pusat Sumber SK, SKJC dan SKJT
" Setiap sekolah menghantar empat orang Pengawas PSS, namun SMK Matang mendapat kebenaran menghantar tujuh Pengawas PSS " katanya yang turut menghadiri program 'Smart PSS'
Beh Wen Kai berkata, program ini mengandungi dua slot iaitu proses teknik bahan buku dan penyediaan fail tegak
" Setiap sekolah dikehendaki menyediakan keperluan kursus seperti buku baru, cop hak milik, plastik, ring fail, keratan akhbar dan beberapa bahan lagi.
" Semua bahan ini digunakan semasa praktikal proses teknik bahan buku dan menghasilkan fail tegak" katanya
Menurutnya, Pn. Azatus Shakia Shakir Maskor Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan telah memberi bimbingan kepada peserta untuk kedua-dua slot tersebut
" Beliau telah memberi tunjuk ajar kepada kami proses teknik bahan buku secara sistematik
" Selepas itu, Pn. Azatus Shakia menerangkan cara-cara menghasilkan fail tegak mengikut kaedah yang betul" katanya
Katanya, Cik Nurshazwani Mohd Shaharom menjadi guru pengiring Pengawas PSS SMK Matang ke program "Smart PSS"
Program 'Smart PSS' berakhir dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh En. Kamaruddin Abu Bakar.
Turut hadir Penolong Pegawai PPD LMS, En. Mohd Fauzi Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) 1 PKG Simpang dan En. Mohd Rizal Jamaluddin PTP 2 PKG Simpang.
Sekitar Program 'Smart PSS'
No comments:
Post a Comment