Dropdown menu

Thursday, October 22, 2015

Hari Penilaian Pusat Sumber Cemerlang

MATANG : Pusat Sumber Sekolah ( PSS) merupakan nadi bagi sesebuah sekolah. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang mampu menghasilkan impak yang sangat besar kepada kualiti murid-murid yang bakal meneraju kepimpinan negara pada masa hadapan.

Naib Setiausaha Badan Pengawas Pusat Sumber Nur Syahirah Mohamad Tahir memberitahu, Pusat Sumber SMK Matang telah dicalonkan untuk Penilaian Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak bagi kategori Sekolah Menengah Gred B.

“ SMK Matang mewakili Daerah Larut Matang dan Selama bagi Kategori Sekolah Menengah Gred B

“ Kategori Sekolah Menengah Gred B melibatkan sekolah menengah yang mempunyai jumlah murid kurang 800 orang” katanya

Menurutnya, pada 1 September ,  PSS SMK Matang telah dikunjungi tiga anggota Panel Penilai Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak bagi tahun 2015 iaitu Tn. Haji Ibrahim Astar Mohamed, En. Osman Mohamed dan En. Megat Fuad Megat Zainudi


Turut hadir ialah Pegawai Teknologi PKG Simpang

 “ Ketiga-tiga anggota panel penilai ini telah disambut oleh Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman dan barisan pentadbir sekolah.

“ Anggota panel penilai telah memulakan penilaian dengan melawat rangkaian PSS bermula dengan Surau Al Faizin. Mereka telah menerima taklimat berkenaan operasi surau oleh Ustaz Ahmadan Ghazali “ katanya


Nur Syahirah berkata, anggota panel penilai telah bergerak dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain dan membuat penilaian khusus di Makmal Biologi.

“ Selesai melawat rangkaian PSS, anggota panel penilai telah ke Bilik Anjung Mutiara bagi mengikuti majlis rasmi hari penilaian PSS SMK Matang

“ Dalam majlis ini, anggota panel penilai menyaksikan pembentangan video korporat mengenai SMK Matang dan pembentangan power point mengenai PSS SMK Matang” katanya
Katanya, selepas majlis berkenaan,  anggota panel penilaian telah membuat penilaian major di dalam Pusat Sumber SMK Matang dengan membuat semakan fail dan pertanyaan lisan serta praktikal terhadap Pengawas PSS yang berada bersama semasa penilaian dibuat.

“ Kami bukan sahaja ditanya pelbagai soalan mengenai Pusat Sumber SMK Matang malah , ada pengawas PSS yang diminta membuat demonstrasi penggunaan sistem automasi di kaunter sirkulasi


“ Agak gugup tapi kami gembira kerana dapat bersama-sama terlibat menjayakan hari penilaian pusat sumber sekolah kami” katanya

Sementara itu , Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Matang, En. Adnan Abd Rahman yang ditemui berkata, sepanjang penilaian dilakukan, ketiga-tiga panel penilai telah memberikan komen dan teguran yang sangat membina.


“ Pelbagai cadangan penambahbaikan sangat membantu PSS bergerak meningkatkan kecemerlangan


“ Jutaan terima kasih diucapkan kepada panel penilai kerana telah memberi nasihat dan motivasi  bagi meningkatkan kualiti PSS SMK Matang. Semoga, PSS SMK SMK Matang melangkah menuju kejayaan” katanya



Sekitar Hari Penilaian PSS Cemerlang di SMK Matang



















No comments:

Post a Comment