Pengerusi Kelab, Zieze Ezwanie Zainol Afandie berkata, pertandingan Jigsaw Puzzle Uji Minda ini bertujuan untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan ahli kelab melalui penglihatan.
" Ahli Kelab PSS dibahagikan kepada enam kumpulan dan perlu menyiapkan cantuman tujuh puzzle.
" Kumpulan yang paling cepat menyiapkan cantuman tujuh puzzle dengan betul dikira sebagai pemenang" katanya ketika ditemui semasa pertandingan
Zieze Ezwanie berkata, melalui aktiviti ini, budaya bekerja secara kumpulan dapat dipupuk dalam diri ahli kelab.
" Di akhir sesi, hampir kesemua peserta mampu menyiapkan cantuman puzzle yang telah diberikan.
" Kesemua peserta kelihatan ceria dan seronok sepanjang pertandingan berlangsung" katanya
Menurutnya, semangat serta sikap bekerjasama jelas terpancar di wajah ahli kelab yang menyertai pertandingan ini berikutan mereka berjaya menyiapkan susunan puzzle yang diberikan.
" Pemenang pertandingan telah menerima hadiah masing-masing semasa Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan SMK Matang
" Pengerusi PIBG telah menyampaikan hadiah kepada ketua kumpulan yang mewakili kumpulan masing-masing" katanya
Sementara itu, Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman berkata, Jigsaw Puzzle
Uji Minda ini diharapkan dapat merangsang minda dan tahap kecerdasan
pelajar melalui penglihatan.
" Selain itu pengetahuan ini akan
dapat diaplikasikan dan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
" Jigsaw Puzzle
Uji Minda adalah satu usaha ke arah
menarik minat murid supaya menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai
destinasi utama semasa berada di sekolah " katanya
No comments:
Post a Comment