TAIPING : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang memanfaatkan Hutan Paya Laut Matang sebagai koleksi setempat pusat sumber berkenaan.
Hutan Paya Laut Matang terletak di barat laut pantai Semenanjung Malaysia dan diiktiraf sebagai hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia.
Guru Perpustakaan dan Media, Adnan Abd Rahman berkata, nama Avicennia yang digunakan Pusat Sumber SMK Matang diambil dari nama saintifik bagi pokok Api-Api sejenis tumbuhan pokok Bakau yang terdapat di kawasan berpaya ini.
“ Kawasan hutan yang berbentuk seperti bulan sabit ini terletak di dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung dan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 40,537.6 hektar.
“ Hutan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Larut Matang, Hutan Paya Laut Matang dikelaskan sebagai kelompok Hutan Paya Bakau terbesar di Semenanjung Malaysia” katanya ketika ditemui selepas penilaian pusat sumber peringkat negeri Perak di sekolah berkenaan.